CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 18, 2009

.:: sEkoLah iTu iNdAh ::.

semalam ada kesempatan untuk keluar sekejap untuk pergi ke sekolah..pergi pun untuk satu hari sahaja..hanya untuk memenuhi keperluan mengutip data tugasan subjek penilaian dalam pendidikan jasmani...apa yang menarik untuk aku cuba kongsikan disini, persekitaran sekolah itu membuatkan seolah-olah aku berada begitu dekat sekali...murid..guru...lanskap..dan pelbagai lagi...walaubagaimanapun, ada satu perkara yang amat menyentuh perasaan aku...pertemuan dengan seorang kanak-kanak pra-sekolah yang disyaki OKU (orang kurang upaya) tetapi keluarganya tidak mengisytiharkan pun...agak kasihan kerana dari segi akademik, akan berlaku kesulitan yang amat sangat untuk murid ini belajar...kacak orangnya..tapi sayang...jika cepat bertindak pasti akan menyelamatkan murid ini daripada ketinggalan banyak perkara....satu perkara yang dapat diperhatikan disini...stigma masayarakat Melayu yang masih lagi gusar untuk mengakui anak mereka adalah dalam kelompok istimewa...memang betul perkara ini sedikit sebanyak akan mengganggu perkembangan psikologi yang sedia ada positif..tetapi, sampai bila kita hendak menyembunyikannya????semakin hari adalah semakin rumit...maka tidak mustahil perkara ini akan menjadi beban yang diluar kemampuan kita untuk diuruskan kelak...oleh itu, berdoalah kita semoga dikurniakan zuriat yang sihat agar kita dapat menjalani kehidupan yang indah sepertimana yang kita ingini....:D

0 comments: