CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

.:: dAmN ziOniS ::.

Pendeta Yahudi 'halalkan' bunuh wanita, kanak-kanak

GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'

Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.

Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.

"Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana 'menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.'

Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.

Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka." ? Agensi

Tuesday, January 20, 2009

.:: LoVe diS soNg ::.

"Without You"

I just wanna be alone tonight
I just wanna take a little breather
Cause lately all we do is fight
And every time it cuts me deeper

Cause something’s changed
You’ve been acting so strange
And its taking its toll on me
Its safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought I'd say
I’m fine
Without you

Called you up cause’ it’s been long enough
And you said that you were so much better
We have done a lot of growing up
We were never meant to be together

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken its toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought I'd say
I’m fine
Without you

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken it's toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine,
Without you
Without you
Without you
Without you
I just wanna be alone tonight,
I just wanna take a little breather.





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
duDe!!!!...really love this song...thanks to wana coz promote dis song for me...1st time i hear it,its just like other song..but after play it continuosly, then i realize dat song is good...very2 good....hahahaha.......thanks duDe!!!!!

.:: ~ LeaRn FroM tHe pAsT ~::.

hidup perlu diteruskan....itulah yang sering aku dengar dulu...ramai orang yang suka berkata begitu...ya, hidup ini perlu untuk diteruskan....pengalaman mengajar kita erti kehidupan....sajian rempah dalam mengharungi perjalanan yang terasa mencabar ini sering terpalit dengan tumpahan garam...terlalu masin untuk ditelan seteguk....apatah lagi sekaligus...tapi, hidup perlu diteruskan....ya,terus....tanpa berhenti...seperti masa.....terus........

sedar tak sedar, sudah menjangkau umur 20-an umur ku....terlalu banyak perkara yang telah aku lalui dan pelajari...orang kata, ilmu itu datang daripada pemerhatian juga....tapi, pemerhatian semata tidak berguna....pemikiran tentang apa dan kenapa itu lah yang telah berjaya mengajar aku menjadi lebih dewasa....kadang kala malas untuk berfikir...aku lebih senang dengan sikap "lantak situ"......buat apa nak kecoh-kecoh kalau dah tahu perkara itu salah?????????lepas tu cuba bertekak dengan orang yang tidak mengenal erti toleransi.....persetan semua itu!!!!!!!!!!!!!!!!!.............

persahabatan dan pergaulan sesama kawan telah membuka mata yang sering terlelap....kawan???lawan????semuanya sama....fizikal yang sama...tutur kata yang sama....perangai yang sama....tapi, hati itu tetap tidak sama....harus diingat,hati juga bisa berubah....bukan hendak menghakim mana-mana pihak, tetapi itulah realiti hidup...ada yang lurus ada bengkok....

sejarah tidak pernah menipu...tapi jika kita menipu sejarah, bermakna kita seorang yang hanya mahu melindungi kelemahan sendiri.......

cRiTicaL........

aduyaiii.....apa la nak jadi dengan laptop aku ni...asyik buat hal jer bila masuk tahun 2009 ni...internet nak masuk pun payah...asal niat nak buat kerj aje, mesti tak boleh masuk...tapi kalau niat nak download games, perghh.....laju tuh...ni la baru aje dapat taip..pasal niat aku kot...hahahaha.....tapi yang tak bestnya kat sini, yahoo messenger aku lak tak boleh masuk...jenuh dah aku install and uninstall...tak boleh jalan gak..hangin aku satu badan...pastu, winamp pulak buat masalah...siot betul la...geram tahap cipan bertanduk lapan dah nih..hmmm....dah la aku tengah krisis ekonomi nih...yerla, elaun tak masuk lagi...pastu ada pulak benda2 alah nih nak buat hal...sipot sedot betul....aduyaiiiii.............

Saturday, January 17, 2009

maaF kU tAk sEkuaT duLu.......

lama gak aku tak godek-godek blog ni..rasa cam malas pon ader gak..tapi sebab aku ni dah tak tau nak ngadu kat sapa, so blog la tempat aku meluahkan semuanya..dulu ada diari, tapi cam kureng jer..hmm, lamer tak taip..hari first blk campus, aku terus demam..agak teruk coz aku rasa cam kejang separuh badan malam pertama aku kat hostel..pastu badan panas sejuk silih berganti...selesema dan batuk mula menyerang..tapi yang paling aku risau batuk..berlarutan terlalu lama sampai aku buang kahak berdarah..mula-mula cam ok la coz darahnya tak berapa pekat..lagi pun aku tak syak apa-apa...tiga ari pastu, bila aku buang kahak, aku dapat rasa darah..so, pastu tiap kali aku buang kahak, aku mesti tengok..ntah macam mana ntah, satu hari tu, aku batuk yang amat sangat...kahak yang aku buang tu bukan kahak..tapi campuran darah yang sangat pekat dan likat..aku tak syak apa-apa pasal aku fikir benda ni macam remeh..tapi bila dah berlarutan selama 3 hari, baru rasa cuak mula timbul..malam aku tidur tak lena and otak berfikir terlalu banyak perkara yang tidak sepatutnya...mujur lepas aku jaga pemakanan sekarang ni syukur semua dah kembali ke normal...lega....

tu kesihatan aku......ader satu lagi part yang agak kronik...rasanya takder ubat kot yang leh tolong..kalau ada pun maybe sangat susah untuk aku jumpa.....perasaan aku la.....iskh3...tak tau la nak story camner...agak sedih dengan perpisahan yang aku rasa tak patut berlaku....kekhilafan yang terjadi itu semuanya menjurus kearah kesilapan yang pastinya orang akan berkata wajar untuk aku elakkan....kehilangannya telah memberikan tamparan yang sangat kuat...terutama dalam kehidupan aku seharian...perjalanan hidup agak terganggu saban hari kerna ada sahaja memori yang tersemat kemas ini memulakan ulang tayang tatkala sendirian menyendiri dari suasana hiruk pikuk umat yang bergembira....bukan niat untuk menyendiri tetapi setiap insan itu perlukan ruang dan masa untuk memanjakan dirinya...namun, ia gagal untuk ku manfaatkan apabila sedikit demi sedikit mula menjelma pelbagai kenangan yang kerasakan terlalu payah untuk ku lenyapkan....sampai sekarang, aku cuba untuk mencari jalan yang sepatutnya untuk melihat sinar yang ku hilang itu....namun, sinar itu seolah-olah terlalu sukar untuk ku perolehi mungkin kerana sinar itu hanya untuk orang yang benar2 menghargainya??????ntah la...sukar untuk ku luahkan secara terangan kerana kurasakan ia terlalu sulit untuk ku terang kan secara directive.....yang pasti, perpisahan itu telah berjaya menghantui dan mewujudkan kekacauan dalam diriku sehingga menerbitkan perasaan rindu yang terlalu berat untuk di luahkan.......................

maafkan aku.................................................................:((

Thursday, January 1, 2009

LiRik LaGu aDam - beNar-beNar.......

Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang





seyes beb....aku dah clach baru aku dengar lagu nih...aku cam plek la gak coz bila aku clash jer, musti ader banyak lagu syedeh2 kuar n jd hits...huhuhuhu...inchek komposer leh tulun tak???/huahuahuahua...:(

pArT tiMe LovEr...hahaha...

Dulukan telah diberitahu
jangan menganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

Korus:
Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
jangan pula kau mengharap
berdampingan selalu denganku

Jika kau tak terima khabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggalkan pesan
curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
itu sudah sering kudengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

Ku akui ada sesuatu antara kita
tetapi kutahu bukan seperti biasa









cambest la palk bila dengar lagu nih...bukan aperr...layann...:D

SeLamaT dAtaNg 2o09...

2008 menutup tirai dengan pelbagai peristiwa....baik yang menyeronokkan mahupun yang menyedihkan....semua itu menjadi satu rencah yang amat cukup dalam resipi 2008..

2008 juga menyajikan aku dengan pelbagai kisah dan pengalaman yang mungkin tak mampu aku lupakan....seawal januari, perjalanan hidup aku berjalan dengan penuh keseronokan...menjiwai setiap perkara yang kulakukan tanpa perlu memikirkan masalah yang ku rasakan terlalu remeh untuk difikirkan...suka duka silih berganti...keretakan hubungan dengan orang yang disayangi cuba terus untuk aku selamatkan...namun, masih terlalu banyak ranjau yang perlu kutempuhi untuk memastikan perhubungan itu selamat...beberapa perjumpaan dilakukan oleh aku dan yang tersayang....berlakunya sedikit konflik apabila aku mengalami kemalangan kereta yang pertama....dek kerana terlalu jauh dari lokasi kemalangan dengan tempat ku belajar, sedikit konflik muncul pabila aku tidak mampu menghadapi situasi yang menjelma...pengalaman dahulu menerjah semasa aku mula mendapat kemalangan motorsikal, kaget dan kalut bermain diminda kerana lesen tidak ku miliki...trauma kejadian yang dahulu menguasai emosi semasa kejadian aku kemalangan kereta....

episod itu berlanjutan sehingga aku pulang ke tempat pengajianku...pergaduhan dan salah faham sering mewarnai perhubungan kami yang jauh dan semakin rapuh...aku cuba untuk bertahan, tetapi Tuhan itu Maha Kuasa...kerapuhan itu semakin jelas kelihatan semasa tahun 2008 menjangkau usia 6 bulan...waktu itu, fikiran ku agak kusut...berbanding yang terdahulu, kekusutan ini terlalu sukar untuk kugambarkan...sehingga mendorongku menjadi seorang insan yang sukar untuk menerima kenyataan.....permintaan untuk berpisah disuarakan, namun suara itu tidak ku endahkan kerna sayang masih ada....mampukah aku bertahan?????

ya...aku masih mampu bertahan...sehinggalah memasuki bulan paling mulia disisi Allah....kuberdoa sepanjang ramadhan, walau pun tidak selalu, namun kutetap berdoa moga diberikan kekuatan dan panduan dalam mengharungi perjalanan hidup yang semakin mencabar...tatkala umat Islam bergembira untuk menyambut lebaran keesokannya, takbir memeriahkan suasana senja, aku terkesima seketika dengan mesej yang disampaikan.....noktah terakhir telah kelihatan....perpisahan itu sungguh nyata....nyata dan jelas lagi terang...masih kusimpan mesej itu...sukar untuk aku menerimanya....terdiam kaku daku bila bonda bertanya mengenai perhubunganku itu...terasa kosong dalam diri ini masih terasa...kadang aku termimpi benda yang sama hampir saban malam...ku pasrah bila semua sudah jelas...ku lemah lalu lemass......................................................................................................


azamku............2009
ku titip doa moga 2009 akan memberikan ku sinar yang lebih cerah dari 2008...memberikanku inspirasi yang lebih mantap untuk ku mengorak langkah yang gagah menempuh liku jalanan yang pasti cemburu dengan perjalananku yang nyaman.....namun, kusyukuri nikmat-Nya kerna memberikanku nafas dan peluang untuk menjadi hambanya di muka bumi ini.....moga 2009 dapat mengubahku menjadi...................................................................:)