CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 1, 2009

SeLamaT dAtaNg 2o09...

2008 menutup tirai dengan pelbagai peristiwa....baik yang menyeronokkan mahupun yang menyedihkan....semua itu menjadi satu rencah yang amat cukup dalam resipi 2008..

2008 juga menyajikan aku dengan pelbagai kisah dan pengalaman yang mungkin tak mampu aku lupakan....seawal januari, perjalanan hidup aku berjalan dengan penuh keseronokan...menjiwai setiap perkara yang kulakukan tanpa perlu memikirkan masalah yang ku rasakan terlalu remeh untuk difikirkan...suka duka silih berganti...keretakan hubungan dengan orang yang disayangi cuba terus untuk aku selamatkan...namun, masih terlalu banyak ranjau yang perlu kutempuhi untuk memastikan perhubungan itu selamat...beberapa perjumpaan dilakukan oleh aku dan yang tersayang....berlakunya sedikit konflik apabila aku mengalami kemalangan kereta yang pertama....dek kerana terlalu jauh dari lokasi kemalangan dengan tempat ku belajar, sedikit konflik muncul pabila aku tidak mampu menghadapi situasi yang menjelma...pengalaman dahulu menerjah semasa aku mula mendapat kemalangan motorsikal, kaget dan kalut bermain diminda kerana lesen tidak ku miliki...trauma kejadian yang dahulu menguasai emosi semasa kejadian aku kemalangan kereta....

episod itu berlanjutan sehingga aku pulang ke tempat pengajianku...pergaduhan dan salah faham sering mewarnai perhubungan kami yang jauh dan semakin rapuh...aku cuba untuk bertahan, tetapi Tuhan itu Maha Kuasa...kerapuhan itu semakin jelas kelihatan semasa tahun 2008 menjangkau usia 6 bulan...waktu itu, fikiran ku agak kusut...berbanding yang terdahulu, kekusutan ini terlalu sukar untuk kugambarkan...sehingga mendorongku menjadi seorang insan yang sukar untuk menerima kenyataan.....permintaan untuk berpisah disuarakan, namun suara itu tidak ku endahkan kerna sayang masih ada....mampukah aku bertahan?????

ya...aku masih mampu bertahan...sehinggalah memasuki bulan paling mulia disisi Allah....kuberdoa sepanjang ramadhan, walau pun tidak selalu, namun kutetap berdoa moga diberikan kekuatan dan panduan dalam mengharungi perjalanan hidup yang semakin mencabar...tatkala umat Islam bergembira untuk menyambut lebaran keesokannya, takbir memeriahkan suasana senja, aku terkesima seketika dengan mesej yang disampaikan.....noktah terakhir telah kelihatan....perpisahan itu sungguh nyata....nyata dan jelas lagi terang...masih kusimpan mesej itu...sukar untuk aku menerimanya....terdiam kaku daku bila bonda bertanya mengenai perhubunganku itu...terasa kosong dalam diri ini masih terasa...kadang aku termimpi benda yang sama hampir saban malam...ku pasrah bila semua sudah jelas...ku lemah lalu lemass......................................................................................................


azamku............2009
ku titip doa moga 2009 akan memberikan ku sinar yang lebih cerah dari 2008...memberikanku inspirasi yang lebih mantap untuk ku mengorak langkah yang gagah menempuh liku jalanan yang pasti cemburu dengan perjalananku yang nyaman.....namun, kusyukuri nikmat-Nya kerna memberikanku nafas dan peluang untuk menjadi hambanya di muka bumi ini.....moga 2009 dapat mengubahku menjadi...................................................................:)

0 comments: