CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 26, 2009

.:: aPa nAk jaDi la...::.

aduss....aku rasa ni la tido yang paling sekejap pernah aku rasa...tido jam 4pg lebeh then bgn seawal jam 6pg tepat....nak sambung tido pun dah tak selesa...dgn mimpi yang xsepatutnya aku rasa pastu ditambah dgn ingatan aku yang sangat kuat dengan ex-gf ak membuatkan aku lagi tak boleh nk sambung tido dan berfikir dengan baik..pretty damn man!!!!!what the hell is going on to me????aku still teringat kat dia walhal aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan dia...but in the sametimes, kalau ye pun merasai perasaan ini, adakah dia pun sama??kalau aku sorang jer yang rasa, mati katak la aku jawabnya...damn man!!!!!tahun ni memang asshole betul la...banyak sangat masalah yang kecil2 jadi besar...camne nak solve ntah...shit!!!...letih sial!!!!

Tuesday, June 23, 2009

.:: poLitiKinG ::.

salam semua.....

terpanggil untuk menulis tentang tajuk ini..menarik juga..tapi, mula-mula membaca perkataan ini seakan-akan janggal dan yang pasti, aura perkataan ini terlalu kuat untuk diperkatakan...pertama kali aku jumpa dengan perkataan ini dlam surat khabar..waktu itu, istilah politiking ini digunakan dalam kolum hiburan..melalui pembacaan, politiking ini lebih kepada kecenderungan seseorang untuk memenuhi kepentingan diri tanpa menghiraukan orang lain...dalam kolum hiburan itu, terkeluarlah segala macam asam garam dalam kehidupan artis..yang baru sering merasakan diri terpinggir kerana amalan politiking orang lama yang menganggap kedatangan pendatang baru merupakan satu cabaran kepada mereka yang sepatutnya mereka tempuh..lalu, dalam usia yang semakin mengjangkau mentari senja, permainan mencantas perlu dilakukan melalui pelbagai pengaruh agar hasrat untuk menjaga periuk nasi terus tercapai..walaupun nampak jijik, tetapi itu merupakan satu pekerjaan yang dianggap 'mulia' orang individu politiking...kasihan pula apabila melihat bakat-bakat besar yang semakin mula diasah terpaksa melupakan sahaja harapan yang dihamparkan...
sejenak penulis terfikir, isu politiking ini sememamngnya berada dimana-mana..dalam pelbagai lapangan pekerjaan juga tidak terlepas daripada isu ini..tetapi, isu ini menjadi ketara apabila melibatkan orang lama yang berpengaruh....jika dalam hiburan terdapat politiking, dalam lapangan ahli politik juga tidak mustahil..malah ia telah menjadi lumrah..merujuk kepada kes dalaman ahli Gerakan, isu politiking yang dibangkitkan menjadikan seolah-olah ia merupakan medium yang perlu digunakan...namun begitu, dalam mana-mana parti sekalipun, isu politiking atau dahulu di kenali sebagai isu 'cantas-mencantas' sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka...

harus diingat disini, penulis bukan hendak mengulas isu pulitiking terlalu meluas..tetapi, cukuplah sekadar memberikan contoh-contoh...yang cuba disampaikan disini ialah, mengenai politiking dalam pendidikan...untuk melahirkan cerdik pandai, perlulah bermula dengan guru...dan setiap guru itu, mestilah mempunyai gurunya sendiri serta mempunyai ilmu yang bermanfaat...tetapi, apakah yang terjadi jika si guru mengajar guru bermain dengan permainan politiking tadi?sungguh abstrak pertanyaan itu...namun jika diteliti dengan halus, dalam erti kata lain, patutkah kita sebagai guru diajar menjadi seorang insan yang lidah bercabang dua dan talam dua muka???sudah pasti jawapannya tidak..namun, secara sedar atau tidak, itulah yang sering disajikan oleh para 'mahaguru' kepada para guru...apakah tujuannya?mahu mengekalkan kesinambungan dalam rantaian kehidupan???

politiking juga mampu menjadikan seseorang itu cenderung menjadikan pengaruh dan kuasa sebagai elemen dalam menjatuhkan orang lain...bayangkan jika buah yang muda, baru hendak membesar, tetapi di jolok...bagai mana buah itu hendak masak?mungkin boleh diperam, tetapi, baguskah hasilnya?????oleh itu, fikir-fikirkanlah apa yang kita buat selama ini.........memang benar periuk nasi perlu dijaga, tetapi perlukah sampai menjatuhkan dan menjahanamkan seseorang itu menjadi satu perkara yang wajib???sudah tentu tidak...jauhilah hasad dengki kerana dari hasad dengki ini akan menjadikan isu politiking menjadi hangat....

akhir kalam, maaf andai penulis terkasar bahasa...jika ada yang terasa, penulis tidak berniat untuk menyinggung perasaan anda...cukuplah ia menjadi pendapat peribadi penulis dan sebagai muhasabah untuk kita bersama...jumpa lagi.....


Wednesday, June 3, 2009

.:: bUHsaN = sEpi = lONeLY ....huhuhu...::.

lama tak ada line internet..rasa macam buhsan jer aku ni..yela, biasa ngadap lappy kesayangan and then layan tenet..bc paper..crik wallpapers..surf la apa2 yang patut..kalau tak, men game kat blik kawan...ni bila balik rumah, rasa gak buhsan sikit..tapi akder la teruk sangat..banyak gak keje nak kena buat actually..the 1st job yang aku dapat, menternak ikan...aduyaii...ternak lagi la aku nih.aritu ternak dah..tapi tak cukup perhatian..aku harap kali ini menjadi la...bukan apa, supplier dah bagi semua, so kena la buat dengan usaha 500%...hahahaha...layan gak sebenarnya..tapi ikan tu masih kecil, so, kena la banyak bersabar,....dan, dek kerana kebosanan yang melampau nih, ni dah baper kali la aku pergi sg besar merayap..memang aku jenis yang tak reti dok rumah..tapi, kalau datang malas nak merayap, memang aku akan dok kat rumah jer...hahaha...tapi buhsan jugak la...nak buat macam mana..layan jer la...hehehe....walaupun vacation aku dah dibatalkan, tapi macam terasa gak sibuknya ni..yela, jaga ikan, jadi driver, then tolong la apa-apa yang patut kat rumah...yang kurengnya, aku kekadang terasa la lonely...ntah la, jiwa ni sentiasa kacau bilau kalau ada gangguan kenangan silam ni..huhuhu..hampes tol...so,thats why aku try la crik sesaper yang leh bersembang dengan aku..kalau ikutkan, rasanya dah tiga malam berturut-turut aku kuar malam and then balik lewat malam..hmmm, dek terlampau nak melepaskan diri daripada cengkaman kesunyian ni, kawan-kawan aku menjadi mangsa keadaan..terpaksa la diorang mengikut aku keluar malam...diorang tak nak kuar, aku fetch jer..hahahaha...janji aku ada kawan nak kuar...hehehe...:D