CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 23, 2009

.:: poLitiKinG ::.

salam semua.....

terpanggil untuk menulis tentang tajuk ini..menarik juga..tapi, mula-mula membaca perkataan ini seakan-akan janggal dan yang pasti, aura perkataan ini terlalu kuat untuk diperkatakan...pertama kali aku jumpa dengan perkataan ini dlam surat khabar..waktu itu, istilah politiking ini digunakan dalam kolum hiburan..melalui pembacaan, politiking ini lebih kepada kecenderungan seseorang untuk memenuhi kepentingan diri tanpa menghiraukan orang lain...dalam kolum hiburan itu, terkeluarlah segala macam asam garam dalam kehidupan artis..yang baru sering merasakan diri terpinggir kerana amalan politiking orang lama yang menganggap kedatangan pendatang baru merupakan satu cabaran kepada mereka yang sepatutnya mereka tempuh..lalu, dalam usia yang semakin mengjangkau mentari senja, permainan mencantas perlu dilakukan melalui pelbagai pengaruh agar hasrat untuk menjaga periuk nasi terus tercapai..walaupun nampak jijik, tetapi itu merupakan satu pekerjaan yang dianggap 'mulia' orang individu politiking...kasihan pula apabila melihat bakat-bakat besar yang semakin mula diasah terpaksa melupakan sahaja harapan yang dihamparkan...
sejenak penulis terfikir, isu politiking ini sememamngnya berada dimana-mana..dalam pelbagai lapangan pekerjaan juga tidak terlepas daripada isu ini..tetapi, isu ini menjadi ketara apabila melibatkan orang lama yang berpengaruh....jika dalam hiburan terdapat politiking, dalam lapangan ahli politik juga tidak mustahil..malah ia telah menjadi lumrah..merujuk kepada kes dalaman ahli Gerakan, isu politiking yang dibangkitkan menjadikan seolah-olah ia merupakan medium yang perlu digunakan...namun begitu, dalam mana-mana parti sekalipun, isu politiking atau dahulu di kenali sebagai isu 'cantas-mencantas' sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka...

harus diingat disini, penulis bukan hendak mengulas isu pulitiking terlalu meluas..tetapi, cukuplah sekadar memberikan contoh-contoh...yang cuba disampaikan disini ialah, mengenai politiking dalam pendidikan...untuk melahirkan cerdik pandai, perlulah bermula dengan guru...dan setiap guru itu, mestilah mempunyai gurunya sendiri serta mempunyai ilmu yang bermanfaat...tetapi, apakah yang terjadi jika si guru mengajar guru bermain dengan permainan politiking tadi?sungguh abstrak pertanyaan itu...namun jika diteliti dengan halus, dalam erti kata lain, patutkah kita sebagai guru diajar menjadi seorang insan yang lidah bercabang dua dan talam dua muka???sudah pasti jawapannya tidak..namun, secara sedar atau tidak, itulah yang sering disajikan oleh para 'mahaguru' kepada para guru...apakah tujuannya?mahu mengekalkan kesinambungan dalam rantaian kehidupan???

politiking juga mampu menjadikan seseorang itu cenderung menjadikan pengaruh dan kuasa sebagai elemen dalam menjatuhkan orang lain...bayangkan jika buah yang muda, baru hendak membesar, tetapi di jolok...bagai mana buah itu hendak masak?mungkin boleh diperam, tetapi, baguskah hasilnya?????oleh itu, fikir-fikirkanlah apa yang kita buat selama ini.........memang benar periuk nasi perlu dijaga, tetapi perlukah sampai menjatuhkan dan menjahanamkan seseorang itu menjadi satu perkara yang wajib???sudah tentu tidak...jauhilah hasad dengki kerana dari hasad dengki ini akan menjadikan isu politiking menjadi hangat....

akhir kalam, maaf andai penulis terkasar bahasa...jika ada yang terasa, penulis tidak berniat untuk menyinggung perasaan anda...cukuplah ia menjadi pendapat peribadi penulis dan sebagai muhasabah untuk kita bersama...jumpa lagi.....


0 comments: