CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

.:: CSI amatur ::.


panass!!!!!!!!!!!....tetiba jer balik makan malam kad Astro kat bilik tv dah xder...OMG!!!...puaka manakah yang telah menchurik kat itu????atau adakah kerana penangan keliwon???mungkin sebab misteri nusantara.....huhuhuhu.....tapi ada ala2 CSI..pasal dia letak plastik (ala palastik makcik kuih jerr pon..) and tulis kesalahan kat plastik tu...kelakar siottt..........

tapi......................................................................

rupanya ada "phuakha" yang rajin "mengganggu" ketenteraman kitorg yang ambik kad tu...stakat nk ambik tak kesah la sangat..tapi yang hangin tu, dah la ambik tak bagitau, pastu wat bodo jer....senyap cam orang bisu walhal tak bisu pon...sangap nk bisu kot...hahahaha...tapi biasa la..kitorg dah syak makhluk aneh ni yang amek..so, terjah jerla pas makan tengahari...yela, kalau tak mintak, nanti nk tgk bola tak leh la...samper cam mak lamper la dia nih..pastu, g la mintak..memula tak nak bagi tu..cam kerek jerr...pastu dah lama2 baru nak bagi..tu pon dah macam aper ntah....ayat paling best, kalau benda ni berulang, bukan stakat kad Astro dia nak sebat, dengan tv skali dia nak angkut....hahaha...angkut la klu nak merasa orang lepak umh ko tgk tv sesama family ko mlm2 buta...hahahaha....

alasan memang la munasabah...kipas, lampu and tv on pastu takder orang...kalau camtu, apsal tak nak cabut jer kipas and lampu tu bawak skali dengan tv?????baru la masyukkk....hahaha...tapi makhluk "phuakha" ni memang kitorg tak suka pon..dah la masuk blok ni tak bagi salam..main terjah jerr...nak wat perjumpaan dengan "penghuni" kat blok ni pon takder...langsung tak kenal pon dia ni saper...ntah dari lubuk paya mana ntah..musti busyuk nyew bau...pweekkkk!!!!!.................

dah la, malash nk layan "phuakha" ni...loya la pasal busyuk dia teruk sangat....

wekkkkk.............
wekkkkk.............
wekkkkkkkk.....................................
>>muntah ijau<<>

..:: iS eaSy tO sHow u'R LovE ::..


hahaha..dude!!!!...ni dh cam citer barat jer...welcome to da club dude!!!!....ak br jer discover benda nih..rasa cam hampes pon ye gak..pastu cam tertanye2 jer..apsal lak diorg nih?biar betul???OMG!!!!!....

mesti pening kan..ha, klu nak tau, ni la salah satu cara untuk korg2 meluahkan perasaan cinta korg kat seseorang yang korg suka..yerla, nk beli kad yang mahal2, duit dah takder..so, dinding pon jadila...hahhahahaha...cara ni dah kompom mudah, ringkas dan yang penting.....JIMAT!!!!!!!!!!!!!!!!...hahahhaha....

dah la..malash nk cakap banyak2..korg tgk pic ni then komen la ye...

adios......

p/s: pic tu sajer jer...:)..hahaha


Monday, March 30, 2009

whaT iS tHis????

damn la..aku tak tau kenapa aku rasa macam teruk sangat je nih..unstable emotion..dah dekat 2 bulan aku macam ni..ak cuba nak sembunyikan semua tapi tak mampu..ak cuba berpura2 gembira tapi cam aper jer..teruk la..my work can't be done quickly if i like dis..this desease really kill me rit now..soo sick!!!!!..damn la!!!!...ni je tmpt ak nk luahkan..damn la!!!...nk mtk tolong pon payah skang nih..cam hampess....damn to the source dat cause myself like this...NEVER FORGIVE THE PERSON I MUST!!!!!!...go to heLL!!!!!!!!!!!

Monday, March 23, 2009

.:: a wEEk aGo---pArT 1--- ::.

bercuti sambil mencari keluarga....

whEn itS bEgiN
---baTu pAhaT tO seLangOr---

salam semua..minggu lepas agak rushing jugak aku balik..bertolak dari batu pahat sekitar jam 2.30ptg ditemani hujan renyai-renyai yang cukup untuk menyejukkan badan yang panas..perjalanan pulang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..berhenti rehat sebentar di R&R Ayer Keroh sudah cukup untuk memulihkan kembali tenaga yang berkurangan..macam biasa, aku pantang nampak motor besar (superbike)..hari itu mungkin rezeki aku agaknya..sempatlah juga tengok yamaha R6 yang sangat aku minat itu...huhuhu..meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan yang sangat seronok dan kemudian singgah solat sebentar di masjid Kuala Selangor dan kemudian makan malam di kedai makan kegemaran aku, Satay Hut di Tanjong Karang..satay besar dan sedap berharga RM1.10 secucuk...yum3...best...hehehe....kemudian perjalanan diteruskan pulang ke rumah...tiba di rumah sekitar jam 10.30 malam setelah menghantar kawan pulang ke rumahnya..mandi, makan, kemas barang dan bersembang dengan bonda tersayang....:D

tHe jOurNey bEgiNs.......
---fRom seLanGor tO kEdah---

bertolak dari rumah sekitar jam 12tengah malam..berhenti sebentar untuk memulihkan tenaga di kedai tomyam bersebelahan petronas Sungai Besar..perjalanan disambung semula sekitar jam 1 pagi...jalan Sabak Bernam-Teluk Intan adalah laluan yang perlu kami lalui sebelum memasuki lebuhraya utara-selatan melalui Bidor..suasana malam yang dingin dan hening itu tidak mampu membuat aku tertidur..mungkin kerana telah mengambil kafein yang terlalu banyak semasa berhenti rehat..berhenti mengisi minyaj di pekan Bidor dan kemudian mula memasuki lebuh raya..aku tertidur seketika kerana bosan melalui lebuhraya yang gelap..tetapi terjaga semula dan tidak dapat melelapkan mata kerana degupan jantung berdegup terlalu kencang dari biasa..berjaga malam adalah keputusan yang perlu aku ambil kerana usaha melelapkan mata gagal...huhuhu...perjalanan diteruskan lagi....sunyi....gelap....hujan renyai-renyai....sekali sekala kelibat lori besar kelihatan di kiri jalan.....

tHe piT sTop...
---pEnaNG---

kereta meluncur laju memasuki susur keluar ke Pulau Pinang...perjalanan sedikit sangkut kerana adanya kerja-kerja baik pulih jalan yang sedang giat dijalankan...sekitar jam 5 pagi kami sampai di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau...solat subuh berjemaah di Tahfiz Darul Furqan dan mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz di situ...terbit kesegaran minda dan jiwa penulis apabila mendengar tazkirah pagi yang telah sekian lama penulis tidak dengar..(selalu mendengar tetapi tidaklah terlalu santai tapi padat seperti dalam kuliah pagi ini)....

perkara pokok yang ingin diterapkan
"berbanggalah kamu mmenjadi seorang tahfiz kerana kamu adalah yang terpilih dan percayalah kamu akan pergi lagi jauh dan yang paling penting kamulah yang menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini"

selesai kuliah pagi, kami berhat dan membersihkan diri di rumah tetamu pengetua madrasah itu..segar sungguh apabila air mula menyentuh tubuh yang lesu..kemudian penulis terlelap di lantai bilik pengajian para hafiz....zzzzzzzz........bangun!!!!!!!!!....erk...kejutan untuk sarapan rupanya..hehehe...sarapan yang disediakan walaupun nampak biasa tapi cukup menyelerakan..oleh kerana kepala penulis mulai pening sedikit, makanan hanya dijamah untuk mengalas perut sahaja...kesian tuan rumah...huhuhu...kemudian, kami makan tengah hari di kedai mamak sekitar balik pulau..kari kepala ikan memang menjadi menu utama kami..hehehe..kali ini penulis cuba untuk makan banyak tetapi tidak mampu..huhuhu...berdekatan denga 7E, penulis membeli panadol sebagai alternatif untuk mengurangkan sakit kepala...lega ok gak akhirnya....hahahaha...berhenti solat di Universiti Sains Malaysia dan terus meneruskan perjalanan ke Kedah.....

dAh naK sAmpaI kE?????
---eXit kOta saRang SemUT---

kami menyusur keluar dari lebuhraya melalui Pendang, Kota Sarang Semut..kawasan padi kiri dan kanan serta kawasan kampung yang hampir sama dengan tempat penulis..cuma jalan raya sahaja masih 1 lorong berbanding dengan kawasan penulis yang jalan rayanya telah menjadi seakan-akan lebuh raya..hehehe...kami mencari jalan ke Yan dan sepanjang perjalanan, penulis cuba memerhatikan kalau-kalau ada benda yang unik di tepi jalan..hehehe...singgah sebentar membeli kuih di pekan Yan Kecil...goreng pisang habis di makan tidak sampai 5minit...huhuhu..perjalanan diteruskan lagi dan kali ini kami menuju ke Gunung Jerai...sampai di rumah yang bakal kami tidur sekitar jam 4ptg...rehat sambil melihat kawasan sekitar...rumah yang unik ini terletak di kaki Gunung Jerai dan Air Terjun Titi Hayun..jadi tidak hairan lah jika di belakang rumah ini terdapat sebatang sungai yang terhasil dari air terjun tersebut....:D...petang itu pakcik dan rakan merencana aktiviti esok manakala kami pula pergi mandi air terjun...hehehehe...

eSoknYa......

pagi itu kami mendaki Gunung Jerai sekitar jam 8pagi..penulis turut serta dengan hanya memakai selipar asadi kerana tidak membawa kasut sukan..hahahaha..kelakar sungguh...perjalanan bermula dengan mendaki Tangga 1000...penulis menyangka hanya setakat itu sahaja pendakiannya, tetapi rupa-rupanya bersambung lagi...kali ini kami melalui jalan pendaki...menarik dan menyeronokkan kerana penulis juga sebenarnya sudah lama tidak mendaki bukit..cabaran diteruskan...setelah lama mendaki, kami mengambil keputusan untuk turun..sedih juga penulis kerana tidak berjaya sampai ke puncaknya, tetapi, apa kan daya..kelengkapan penulis yang tidak lengkap ini menjadi satu faktor yang tidak dapat dielakkan..kami menuruni gunung dengan perut yang lapar..turun sekitar jam 9.30 pagi dan kaki selamat sampai di kaki gunung sekitar jam 10.30 pg...letih mula menguasai diri serta lapar mula menular di perut masing-masing..maka, pulanglah kami ke rumah rehat dengan semangat untuk mencari sarapan pagi...hehehehehe...sarapan pagi di kedai depan simpang..nasi, kari ikan kembung, kari ayam, telur mata dan mee goreng...yum3....hehehehe..makan dengan penuh berselera..maklumlak, lapar mendaki...hehehehe...pulang semula ke rumah rehat untuk berehat dan solat zohor..kemas barang dan bersiap untuk bertolak ke destinasi yang telah direncanakan.....goo!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....

FinaLLy.......

kami mencari keluarga yang telah terpisah yang dikenali sebagai Syeikh Husein Kedah al-Banjari atau Syeikh husein Kedah bin Muhammad Nashir.....kira pangkat moyang la kalau tak salah...kami dikhabarkan ada orang yang bernama Husin di Guar Chempedak dan membuka sebuah pondok di situ..kami pergi ke sana............

uNfoRtuNateLy.....

memang benar orang itu bernama Husin dan membuka sekolah pondok..beberapa ciri yang kami perlukan juga ada tetapi.............nama ayah Husin ini tidak sama dengan yang kami cari serta beliau tidak pernah terlibat sebagai mantan mufti negeri Kedah...namun, kami diminta pergi ke Sungai Petani untuk bertemu dengan menantu anak allahyarham untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas....maka kami pun pergilah ke Sungai Petani...tetapi, dalam perjalanan, kami sempat membuat beberapa rujukan..terima kasih kepada Celcom 3G kerana menyediakan perkhidmatan yang sangat memuaskan..hasil pencarian mengginakan mobile web, kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke Selangor kerana berpendapat tidak berbaloi untuk berjumpa dengan orang yang bukan kami cari..maka, kami pun mulai masuk lebuhraya dan kenderaan terus memecut menghala ke Kuala Lumpur...hujan menemani sepanjang perjalanan kami.......

puLang kE SeLangoR....

kami berhenti rehat sebentar di hentian Sungai Perak...penulis dan rombongan makan tengahari di situ...lauk yang dijual di situ sangat menyelerakan..penulis terpaut hati dengan masakan kegemarannya-patin masak tempoyak-..hahhaha...penulis danggup membeli seketul lagi ikan patin semata-mata kerana ingin melepaskan geram kerana telah lama tidak makan patin yang segar seperti itu..lagipun, masakannya sangat sedap...:D....kami meneruskan perjalan dan singgah sebentar di Universiti Teknologi Petronas kerana pakcik ingin berjumpa dengan anaknya...penulis terkesima seketika melihat sekitar universiti itu..cafe yang terdapat disetiap kolej kediaman sudah cukup menggambarkan suasana yang cukup kondusif untuk para penghuninya...penulis sempat membandingkan suasana itu dengan suasana tempat penulis menuntut...malangnya, tidak satu pun yang mampu menandingi kelengkapan yang terdapat di kampus universiti ini....penulis sedih.....huhuhuhuhu......kami meneruskan perjalanan sekitar jam 10.30 malam dan perjalan seterusnya melalui jalan kampung..penulis tertidur kerana letih dan kemudian terjaga apabila kereta telah sampai di Sungai Besar....sekitar, jam 12tgh malam, penulis selamat sampai di rumah..pakcik dan anak-anaknya disajikan dengan makanan yang telah bonda siapkan dan sekitar jam 1pg, pakcik bertolak pulang ke rumah.......

penulis??????apa lagi....mandi dan tidur laaaaaaaaaaa............letih siott..........hahahahahaha.....

sekianlah perjalanan yang dapat dicoretkan...seronok giler pasal dah lama tak travel jauh and berjaga malam sambil travel...hehehehehe....

Sunday, March 1, 2009

.:: ~ biLa IPGM mULa bErpoLitiK ~::.

Satu anjakan paradigma yang positif telah terhasil apabila Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mula membenarkan semula sistem pilihanraya beroperasi di kampus IPGM..pemilihan pemimpin yang berkualiti mampu untuk dihasilakn..namun, kriteria calon yang dipertandingkan tetap menjadi keutamaan..bagi pihak pelajar, ini satu perkembangan yang amat positif kerana satu lagi hak kebebasan pelajar telah diberikan..hak dalam memilih pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi serta komited dan peka dengan isu-isu pelajar adalah menjadi satu kriteria yang amat diperlukan oleh para pengundi...

IPGM Kampus IPTHO, Batu Pahat, Johor bakal berdepan dengan situasi yang agak panas..walaupun kempen agak dingin dan kurang mendapat sambutan, namun sebenarnya kempen ini telah berjalan secara senyap dimana pelbagai medium telah digunakan sebaik mungkin oleh semua parti yang bertanding..keutamaannya adalah satu - calon parti mesti berada dalam kerusi yang dipertandingkan...maka, pelbagai cara digunakan..hasil pemerhatian yang dijalankan, setakat ini hanya terdapat tiga parti yang bertanding dan satu bebas..Parti ISMA adalah parti yang agak menonjol dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar..namun begitu, GAPI ( gabungan gagasan pelajar institut) turut tidak ketinggalan dalam menyertai perang manifesto yang semakin menjadi-jadi..kesepian agak jelas pada calon bebas yang hanya bergantung pada poster tanpa menunjukkan sebarang manifesto yang merupakan intipati utama dalam memperjelaskan perjuangan yang mereka perjuangankan...parti FAIR pula agak kurang rasional dari segi penubuhannya kerana tiada sebarang kempen yang dijalankan untuk menjelaskan perjuangan mereka..

terdapat beberapa kelemahan yang ketara ditunjukkan oleh pihak yang bertanding..pada hemat saya, jentera perayu undi perlu memulakan kempen dengan lebih aggresif seperti memperkenalkan jenama parti di mata pelajar..disamping itu, penekanan pada perkara yang ingin diperjuangkan juga perlu diterangkan dan perlu adanya penegasan dalam memberikan penerangan dengan harapan agar para pengundi memahami manifesto yang cuba dibawa oleh pihak tersebut...penggunaan medium lain selain daripada hanya berkempen menggunakan kertas dan mulut juga penting...dunia global telah menunjukkan keberkesanan dalam menyebarkan maklumat..maka, gunakanlah kelebihan itu untuk menyebarkan kempen supaya ia menjadi lebih berkesan...selain daripada itu, elakkan daripada mengenakan serangan peribadi kerana telah terbukti sekian lamanya serangan peribadi itu hanya akan memakan diri sendiri..

kepada pengundi, buatlah pilihan secara bijak kerana pilihan anda akan menjelmakan corak kepimpinan pada masa akan datang..oleh itu, UNDILAH MENGGUNAKAN AKAL BUKAN MENGUNDI KERANA SUKA.....

Selamat mengundi warga IPGM Kampus IPTHO.......