CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 23, 2009

.:: a wEEk aGo---pArT 1--- ::.

bercuti sambil mencari keluarga....

whEn itS bEgiN
---baTu pAhaT tO seLangOr---

salam semua..minggu lepas agak rushing jugak aku balik..bertolak dari batu pahat sekitar jam 2.30ptg ditemani hujan renyai-renyai yang cukup untuk menyejukkan badan yang panas..perjalanan pulang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..berhenti rehat sebentar di R&R Ayer Keroh sudah cukup untuk memulihkan kembali tenaga yang berkurangan..macam biasa, aku pantang nampak motor besar (superbike)..hari itu mungkin rezeki aku agaknya..sempatlah juga tengok yamaha R6 yang sangat aku minat itu...huhuhu..meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan yang sangat seronok dan kemudian singgah solat sebentar di masjid Kuala Selangor dan kemudian makan malam di kedai makan kegemaran aku, Satay Hut di Tanjong Karang..satay besar dan sedap berharga RM1.10 secucuk...yum3...best...hehehe....kemudian perjalanan diteruskan pulang ke rumah...tiba di rumah sekitar jam 10.30 malam setelah menghantar kawan pulang ke rumahnya..mandi, makan, kemas barang dan bersembang dengan bonda tersayang....:D

tHe jOurNey bEgiNs.......
---fRom seLanGor tO kEdah---

bertolak dari rumah sekitar jam 12tengah malam..berhenti sebentar untuk memulihkan tenaga di kedai tomyam bersebelahan petronas Sungai Besar..perjalanan disambung semula sekitar jam 1 pagi...jalan Sabak Bernam-Teluk Intan adalah laluan yang perlu kami lalui sebelum memasuki lebuhraya utara-selatan melalui Bidor..suasana malam yang dingin dan hening itu tidak mampu membuat aku tertidur..mungkin kerana telah mengambil kafein yang terlalu banyak semasa berhenti rehat..berhenti mengisi minyaj di pekan Bidor dan kemudian mula memasuki lebuh raya..aku tertidur seketika kerana bosan melalui lebuhraya yang gelap..tetapi terjaga semula dan tidak dapat melelapkan mata kerana degupan jantung berdegup terlalu kencang dari biasa..berjaga malam adalah keputusan yang perlu aku ambil kerana usaha melelapkan mata gagal...huhuhu...perjalanan diteruskan lagi....sunyi....gelap....hujan renyai-renyai....sekali sekala kelibat lori besar kelihatan di kiri jalan.....

tHe piT sTop...
---pEnaNG---

kereta meluncur laju memasuki susur keluar ke Pulau Pinang...perjalanan sedikit sangkut kerana adanya kerja-kerja baik pulih jalan yang sedang giat dijalankan...sekitar jam 5 pagi kami sampai di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau...solat subuh berjemaah di Tahfiz Darul Furqan dan mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz di situ...terbit kesegaran minda dan jiwa penulis apabila mendengar tazkirah pagi yang telah sekian lama penulis tidak dengar..(selalu mendengar tetapi tidaklah terlalu santai tapi padat seperti dalam kuliah pagi ini)....

perkara pokok yang ingin diterapkan
"berbanggalah kamu mmenjadi seorang tahfiz kerana kamu adalah yang terpilih dan percayalah kamu akan pergi lagi jauh dan yang paling penting kamulah yang menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini"

selesai kuliah pagi, kami berhat dan membersihkan diri di rumah tetamu pengetua madrasah itu..segar sungguh apabila air mula menyentuh tubuh yang lesu..kemudian penulis terlelap di lantai bilik pengajian para hafiz....zzzzzzzz........bangun!!!!!!!!!....erk...kejutan untuk sarapan rupanya..hehehe...sarapan yang disediakan walaupun nampak biasa tapi cukup menyelerakan..oleh kerana kepala penulis mulai pening sedikit, makanan hanya dijamah untuk mengalas perut sahaja...kesian tuan rumah...huhuhu...kemudian, kami makan tengah hari di kedai mamak sekitar balik pulau..kari kepala ikan memang menjadi menu utama kami..hehehe..kali ini penulis cuba untuk makan banyak tetapi tidak mampu..huhuhu...berdekatan denga 7E, penulis membeli panadol sebagai alternatif untuk mengurangkan sakit kepala...lega ok gak akhirnya....hahahaha...berhenti solat di Universiti Sains Malaysia dan terus meneruskan perjalanan ke Kedah.....

dAh naK sAmpaI kE?????
---eXit kOta saRang SemUT---

kami menyusur keluar dari lebuhraya melalui Pendang, Kota Sarang Semut..kawasan padi kiri dan kanan serta kawasan kampung yang hampir sama dengan tempat penulis..cuma jalan raya sahaja masih 1 lorong berbanding dengan kawasan penulis yang jalan rayanya telah menjadi seakan-akan lebuh raya..hehehe...kami mencari jalan ke Yan dan sepanjang perjalanan, penulis cuba memerhatikan kalau-kalau ada benda yang unik di tepi jalan..hehehe...singgah sebentar membeli kuih di pekan Yan Kecil...goreng pisang habis di makan tidak sampai 5minit...huhuhu..perjalanan diteruskan lagi dan kali ini kami menuju ke Gunung Jerai...sampai di rumah yang bakal kami tidur sekitar jam 4ptg...rehat sambil melihat kawasan sekitar...rumah yang unik ini terletak di kaki Gunung Jerai dan Air Terjun Titi Hayun..jadi tidak hairan lah jika di belakang rumah ini terdapat sebatang sungai yang terhasil dari air terjun tersebut....:D...petang itu pakcik dan rakan merencana aktiviti esok manakala kami pula pergi mandi air terjun...hehehehe...

eSoknYa......

pagi itu kami mendaki Gunung Jerai sekitar jam 8pagi..penulis turut serta dengan hanya memakai selipar asadi kerana tidak membawa kasut sukan..hahahaha..kelakar sungguh...perjalanan bermula dengan mendaki Tangga 1000...penulis menyangka hanya setakat itu sahaja pendakiannya, tetapi rupa-rupanya bersambung lagi...kali ini kami melalui jalan pendaki...menarik dan menyeronokkan kerana penulis juga sebenarnya sudah lama tidak mendaki bukit..cabaran diteruskan...setelah lama mendaki, kami mengambil keputusan untuk turun..sedih juga penulis kerana tidak berjaya sampai ke puncaknya, tetapi, apa kan daya..kelengkapan penulis yang tidak lengkap ini menjadi satu faktor yang tidak dapat dielakkan..kami menuruni gunung dengan perut yang lapar..turun sekitar jam 9.30 pagi dan kaki selamat sampai di kaki gunung sekitar jam 10.30 pg...letih mula menguasai diri serta lapar mula menular di perut masing-masing..maka, pulanglah kami ke rumah rehat dengan semangat untuk mencari sarapan pagi...hehehehehe...sarapan pagi di kedai depan simpang..nasi, kari ikan kembung, kari ayam, telur mata dan mee goreng...yum3....hehehehe..makan dengan penuh berselera..maklumlak, lapar mendaki...hehehehe...pulang semula ke rumah rehat untuk berehat dan solat zohor..kemas barang dan bersiap untuk bertolak ke destinasi yang telah direncanakan.....goo!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....

FinaLLy.......

kami mencari keluarga yang telah terpisah yang dikenali sebagai Syeikh Husein Kedah al-Banjari atau Syeikh husein Kedah bin Muhammad Nashir.....kira pangkat moyang la kalau tak salah...kami dikhabarkan ada orang yang bernama Husin di Guar Chempedak dan membuka sebuah pondok di situ..kami pergi ke sana............

uNfoRtuNateLy.....

memang benar orang itu bernama Husin dan membuka sekolah pondok..beberapa ciri yang kami perlukan juga ada tetapi.............nama ayah Husin ini tidak sama dengan yang kami cari serta beliau tidak pernah terlibat sebagai mantan mufti negeri Kedah...namun, kami diminta pergi ke Sungai Petani untuk bertemu dengan menantu anak allahyarham untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas....maka kami pun pergilah ke Sungai Petani...tetapi, dalam perjalanan, kami sempat membuat beberapa rujukan..terima kasih kepada Celcom 3G kerana menyediakan perkhidmatan yang sangat memuaskan..hasil pencarian mengginakan mobile web, kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke Selangor kerana berpendapat tidak berbaloi untuk berjumpa dengan orang yang bukan kami cari..maka, kami pun mulai masuk lebuhraya dan kenderaan terus memecut menghala ke Kuala Lumpur...hujan menemani sepanjang perjalanan kami.......

puLang kE SeLangoR....

kami berhenti rehat sebentar di hentian Sungai Perak...penulis dan rombongan makan tengahari di situ...lauk yang dijual di situ sangat menyelerakan..penulis terpaut hati dengan masakan kegemarannya-patin masak tempoyak-..hahhaha...penulis danggup membeli seketul lagi ikan patin semata-mata kerana ingin melepaskan geram kerana telah lama tidak makan patin yang segar seperti itu..lagipun, masakannya sangat sedap...:D....kami meneruskan perjalan dan singgah sebentar di Universiti Teknologi Petronas kerana pakcik ingin berjumpa dengan anaknya...penulis terkesima seketika melihat sekitar universiti itu..cafe yang terdapat disetiap kolej kediaman sudah cukup menggambarkan suasana yang cukup kondusif untuk para penghuninya...penulis sempat membandingkan suasana itu dengan suasana tempat penulis menuntut...malangnya, tidak satu pun yang mampu menandingi kelengkapan yang terdapat di kampus universiti ini....penulis sedih.....huhuhuhuhu......kami meneruskan perjalanan sekitar jam 10.30 malam dan perjalan seterusnya melalui jalan kampung..penulis tertidur kerana letih dan kemudian terjaga apabila kereta telah sampai di Sungai Besar....sekitar, jam 12tgh malam, penulis selamat sampai di rumah..pakcik dan anak-anaknya disajikan dengan makanan yang telah bonda siapkan dan sekitar jam 1pg, pakcik bertolak pulang ke rumah.......

penulis??????apa lagi....mandi dan tidur laaaaaaaaaaa............letih siott..........hahahahahaha.....

sekianlah perjalanan yang dapat dicoretkan...seronok giler pasal dah lama tak travel jauh and berjaga malam sambil travel...hehehehehe....

0 comments: