CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 1, 2009

.:: ~ biLa IPGM mULa bErpoLitiK ~::.

Satu anjakan paradigma yang positif telah terhasil apabila Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mula membenarkan semula sistem pilihanraya beroperasi di kampus IPGM..pemilihan pemimpin yang berkualiti mampu untuk dihasilakn..namun, kriteria calon yang dipertandingkan tetap menjadi keutamaan..bagi pihak pelajar, ini satu perkembangan yang amat positif kerana satu lagi hak kebebasan pelajar telah diberikan..hak dalam memilih pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi serta komited dan peka dengan isu-isu pelajar adalah menjadi satu kriteria yang amat diperlukan oleh para pengundi...

IPGM Kampus IPTHO, Batu Pahat, Johor bakal berdepan dengan situasi yang agak panas..walaupun kempen agak dingin dan kurang mendapat sambutan, namun sebenarnya kempen ini telah berjalan secara senyap dimana pelbagai medium telah digunakan sebaik mungkin oleh semua parti yang bertanding..keutamaannya adalah satu - calon parti mesti berada dalam kerusi yang dipertandingkan...maka, pelbagai cara digunakan..hasil pemerhatian yang dijalankan, setakat ini hanya terdapat tiga parti yang bertanding dan satu bebas..Parti ISMA adalah parti yang agak menonjol dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar..namun begitu, GAPI ( gabungan gagasan pelajar institut) turut tidak ketinggalan dalam menyertai perang manifesto yang semakin menjadi-jadi..kesepian agak jelas pada calon bebas yang hanya bergantung pada poster tanpa menunjukkan sebarang manifesto yang merupakan intipati utama dalam memperjelaskan perjuangan yang mereka perjuangankan...parti FAIR pula agak kurang rasional dari segi penubuhannya kerana tiada sebarang kempen yang dijalankan untuk menjelaskan perjuangan mereka..

terdapat beberapa kelemahan yang ketara ditunjukkan oleh pihak yang bertanding..pada hemat saya, jentera perayu undi perlu memulakan kempen dengan lebih aggresif seperti memperkenalkan jenama parti di mata pelajar..disamping itu, penekanan pada perkara yang ingin diperjuangkan juga perlu diterangkan dan perlu adanya penegasan dalam memberikan penerangan dengan harapan agar para pengundi memahami manifesto yang cuba dibawa oleh pihak tersebut...penggunaan medium lain selain daripada hanya berkempen menggunakan kertas dan mulut juga penting...dunia global telah menunjukkan keberkesanan dalam menyebarkan maklumat..maka, gunakanlah kelebihan itu untuk menyebarkan kempen supaya ia menjadi lebih berkesan...selain daripada itu, elakkan daripada mengenakan serangan peribadi kerana telah terbukti sekian lamanya serangan peribadi itu hanya akan memakan diri sendiri..

kepada pengundi, buatlah pilihan secara bijak kerana pilihan anda akan menjelmakan corak kepimpinan pada masa akan datang..oleh itu, UNDILAH MENGGUNAKAN AKAL BUKAN MENGUNDI KERANA SUKA.....

Selamat mengundi warga IPGM Kampus IPTHO.......

0 comments: