CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 13, 2009

.:: LegaSi seOranG pEndidiK ::.

salam semua...
minggu ini adalah minggu kedua penulis berada di sekolah..fasa praktikum 3 ini berlangsung dengan lancar namun masih ada lagi sedikit kemuraman yang sedikit sebanyak akan mengganggu sedikit mood di sekolah..tapi tidak mengapa, kerana setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan..pengalaman minggu lepas seperti pengalaman minggu pertama praktikum dahulu..bertemu guru besar, bermesra bersama guru dan yang paling penting, mencari satu point yang mampu membolehkan kita menyesuaikan diri dengan sekolah dengan lebih baik..hehehe...pendek kata, minggu lepas adalah minggu untuk mengenal sekolah, anggota, organisasi dan budaya di sekolah..tetapi, bagus juga kalau kita mampu untuk mewujudkan budaya baru di sekolah...asalkan budaya itu tidak menyalahi budaya sejagat dan positif di mata yang melihat...

minggu ini penulis belajar lagi dengan satu perkara yang baru..pengalaman pertama kali menhadi guru bertugas sangat mengujakan..maklumlah, sebelum ini agak kurang mendapat perhatian..tapi apabila menjejakkan kaki di sekolah ini, perhatian telah diberikan dari pelbagai sudut..biasalah, katanya untuk persediaan bila sudah melangkah ke alam kerjaya yang sebenar...rasanya, kalau seorang juruterbang itu, ini mungkin latihan simulasi yang ditambah dengan nyata..hahaha..satu perkara lagi, penulis mulai menyukai murid-murid yang diajar...ini kerana penulis menyedari ada beberapa keunikan dalam kelas yang di ajar...berjaya membuatkan penulis teruja setiap kali memasuki kelas walaupun pada awalnya agak kabur tentang cara pengajaran yang sesuai untuk murid-murid ini..syukur alhamdulillah kerana dipermudahkan segala urusan...segala yang dirancang dapat di lakukan dengan baik sekali..namun, perasaan gementar tetap mengekori diri penulis kerana perkara di luar jangkaan itu memang banyak dan sememangnya tidak dapat dijangka...sentiasalah bersiap siaga untuk segala macam cobaannnnn.........apa???cobaannnnn.....apa???cobaaannnnnn...hahahaha

0 comments: